entah di mana silapku...aku sendiri tidak pasti.setelah aku duduk berfikir dan bermuhasabah diriku, akhirnya aku temui jawapan kepada permasalahan ini.mengapa aku yang dipersalahkan walaupun ianya bukan salahku.tegakah aku terus membiarkan keadaan ini berlarutan.tidak, aku tidak sanggup untuk berkeadaan seperti ini.biarlah aku yang mengalah.kata seorang teman yang beralah tidak semestinya kalah.mungkin menjadi orang pertama menghulurkan tangan memohon maaf adalah lebih baik. namun huluran salam kemaafan ku di pandang sepi seperti tiada nilai pada matanya. apakah yang perlu aku lakukan. aku tidak bisa untuk terus membiarkan keadaan ini berlarutan.
Ya Allah...bantulah hambamu ini. sesungguhnya aku insan yang lemah. aku lemah dan gagal dalam menjadi seorang sahabat yang baik. kepada MU Ya Allah...aku memohon diberi kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari seterusnya. semoga semuanya kembali seperti sediakala.
Monday, February 21, 2011
rasa hati...
Posted by Nad at Monday, February 21, 2011 1 comments
Tuesday, February 15, 2011
Sekilas Pandang
Kita sebenarnya...lebih gembira menyambut 1
Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya...lebih tahu apa itu 14 Februari
daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya...lebih membesarkan hari Sabtu,
ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya...lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar suara azan
Kita sebenarnya...lebih suka lepak, tidur, tengok
tv daripada sembahyang
Kita sebenarnya...lebih suka menyebut hello, hai!
daripada menyebut Assalamualaikum...
Kita sebenarnya...lebih tahu tantang artis pujaan
daripada nama-nama Nabi
Kita sebenarnya...lebih suka menyanyi daripada
berwirid dan bertahmid
Tetapi apabila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan
menjawab KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke syurga daripada
ke neraka.tetapi,layakkah kita dengan syurga milik Allah S.W.T.
Posted by Nad at Tuesday, February 15, 2011 1 comments