Tuesday, November 15, 2011

Hobi @ kegilaan???






dah lama sangat rasanya saya biarkan blog nie berhabuk.langsung x ada sebarang cerita yang di update.bukan masalah x ada masa atau sibuk tapi entah kenapa mood untuk menulis blog nie dah berkurang.mungkin sebab sekarang nie ada hobi baru kut.hehehehe....x tau la sama ada bleh dikategorikan sebagai hobi @ kegilaan sbb sy suka buat jer tapi x makan pun.just seronok2 sbb nmpk cantik.tp kira ok la jgk coz bleh la buat sbg pendapatan sampingan(bila ada org tempah la).sampingan ker sedangkan x bekerja? entah la....apa2 pun satu kepuasan dan keseronokan yang dirasai x dpt nak digambarkan.dulu x minat nak buat semua nie.yang saya tau asyik nak duduk depan laptop jer sampai kelabu mata.tapi skg bila search resipi2 kuih dan nmpk jer cntik n macam sedap jer mesti nak cuba :-)

Monday, June 13, 2011

kematian datang tanpa mengira masa, waktu atau tempat. tua atau muda, miskin atau kaya. yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan mati". tetapi bilakah waktunya? sesungguhnya hanya DIA sahaja yang mengetahuinya.

Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi. Dengan mengingati mati akan menjadikan kita sentiasa beriman dan beramal kepada-Nya. Oleh itu, marilah kita semua sentiasa beriman dan beramal dalam mencari keredhaan Ilahi.

Monday, February 21, 2011

rasa hati...

entah di mana silapku...aku sendiri tidak pasti.setelah aku duduk berfikir dan bermuhasabah diriku, akhirnya aku temui jawapan kepada permasalahan ini.mengapa aku yang dipersalahkan walaupun ianya bukan salahku.tegakah aku terus membiarkan keadaan ini berlarutan.tidak, aku tidak sanggup untuk berkeadaan seperti ini.biarlah aku yang mengalah.kata seorang teman yang beralah tidak semestinya kalah.mungkin menjadi orang pertama menghulurkan tangan memohon maaf adalah lebih baik. namun huluran salam kemaafan ku di pandang sepi seperti tiada nilai pada matanya. apakah yang perlu aku lakukan. aku tidak bisa untuk terus membiarkan keadaan ini berlarutan.

Ya Allah...bantulah hambamu ini. sesungguhnya aku insan yang lemah. aku lemah dan gagal dalam menjadi seorang sahabat yang baik. kepada MU Ya Allah...aku memohon diberi kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari seterusnya. semoga semuanya kembali seperti sediakala.

Tuesday, February 15, 2011

Sekilas Pandang

Kita sebenarnya...lebih gembira menyambut 1
Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya...lebih tahu apa itu 14 Februari
daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya...lebih membesarkan hari Sabtu,
ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya...lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar suara azan

Kita sebenarnya...lebih suka lepak, tidur, tengok
tv daripada sembahyang

Kita sebenarnya...lebih suka menyebut hello, hai!
daripada menyebut Assalamualaikum...

Kita sebenarnya...lebih tahu tantang artis pujaan
daripada nama-nama Nabi

Kita sebenarnya...lebih suka menyanyi daripada
berwirid dan bertahmid

Tetapi apabila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan
menjawab KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke syurga daripada
ke neraka.tetapi,layakkah kita dengan syurga milik Allah S.W.T.