Monday, June 13, 2011

kematian datang tanpa mengira masa, waktu atau tempat. tua atau muda, miskin atau kaya. yang pasti setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Firman Allah s.w.t yang bermaksud "setiap yang bernyawa pasti akan mati". tetapi bilakah waktunya? sesungguhnya hanya DIA sahaja yang mengetahuinya.

Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi. Dengan mengingati mati akan menjadikan kita sentiasa beriman dan beramal kepada-Nya. Oleh itu, marilah kita semua sentiasa beriman dan beramal dalam mencari keredhaan Ilahi.