Tuesday, February 15, 2011

Sekilas Pandang

Kita sebenarnya...lebih gembira menyambut 1
Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya...lebih tahu apa itu 14 Februari
daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya...lebih membesarkan hari Sabtu,
ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya...lebih khusyuk mendengar lagu
daripada mendengar suara azan

Kita sebenarnya...lebih suka lepak, tidur, tengok
tv daripada sembahyang

Kita sebenarnya...lebih suka menyebut hello, hai!
daripada menyebut Assalamualaikum...

Kita sebenarnya...lebih tahu tantang artis pujaan
daripada nama-nama Nabi

Kita sebenarnya...lebih suka menyanyi daripada
berwirid dan bertahmid

Tetapi apabila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan
menjawab KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke syurga daripada
ke neraka.tetapi,layakkah kita dengan syurga milik Allah S.W.T.

1 comments:

tenang_aku said...

inilah yang kita katakan manusia