Wednesday, December 29, 2010

Detik-detik Terakhir

3...2...1... akhirnya hari yang tidak ingin kuhadapi ini muncul jua. masa berlalu dengan begitu pantas sekali. saat perpisahan yang amat berat untuk kuterima.tapi apa kan daya ku, aku perlu pasrah dalam menempuh semua ini. amat berat untuk kaki ini melangkah meninggalkan tempat ini tapi tetap kugagahi juga kerana khidmat ku sudah berakhir di sini. terasa seperti baru semalam saja aku melaporkan diri di sini dan hari ini.....sebaknya dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. hari-hari terakhir di sini aku cuba jalani seperti biasa tetapi di dalam hati ini menangis mengenang perpisahan yang bakal terjadi. tetapi apa yang boleh aku lakukan melainkan hanya pasrah dengan ketentuan ini. namun ku percaya akan ada lagi yang hadir di masa akan datang bagi mewarnai kehidupanku ini. insyaAllah....sesungguhnya DIA maha mengetahui setiap perjalanan hamba-hambaNya.

Ya Allah, engkaulah yang menetukan Qada' dan Qadar setiap hamba-hambaMu dan aku percaya kepada ketetapan takdir MU untuk diri ku ini....

Monday, November 29, 2010

kerana sesuatu...
hal yang tidak diingini berlaku jua akhirnya.
kerana sesuatu...
suatu perkara tidak dapat diselamatkan.
kerana sesuatu...
keadaan umpama dilanggar garuda.
kerana sesuatu...
ada hati yang menangis.
kerana sesuatu...
ada jiwa yang terkesan.
kerana sesuatu...
pelbagai perkara yang berlaku "kerana sesuatu" itu.

Bilakah ianya akan berakhir dan kembali seperti sediakala?
mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik kerana sesuatu itu.

Sunday, November 21, 2010

Tidak ku jangka akhir begini jadinya...
panas yang ku harap berpanjangan berlalu berganti mendung kelabu.
Ingin ku pergi membawa diri...
tetapi terhalang dek rantaian berduri.
ke manakah pergi semarak diri...
yang akhirnya membiarkan aku seorang diri.

Tuesday, November 2, 2010

betulkah???

setiap orang akan diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian kerna sesungguhnya ujian itu menunjukkan Tuhan itu masih sayang dan perihatin kepada hambanya. begitu juga dengan seorang hamba Allah ini yang diuji dengan suatu perkara yg seboleh mungkin amatlah dielakkan. tetapi itulah ujian yg Allah beri untuk menguji setiap daripada hamba-hambanya.keputusan telah diputuskan walaupun kata muktamad nyer masih samar2.betulkah keputusan itu??? Hamba Allah tersebut cuma mampu berserah. Sesungguhnya DIA maha mengetahui setiap perkara dan perancangan yg telah DIA tetapkan untuk hamba-hambanya.

Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau maha mengetahui segalanya. Kami cuma mampu merancang tetapi Engkau lah yg menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perancangan tersebut. Kami berserah kepada MU Ya Allah... bantu lah kami dalam mencari keredhaan di jalan MU Ya Allah...

Wednesday, October 6, 2010

Pandangan Anda???

Dari sehari ke sehari bermacam-macam cerita yg kita dengar sama ada di tv atau media cetak. Isu buang bayi, tangkap khalwat, haruan makan anak(sumbang mahram) dan mcm2 lg. Namun perkara2 itu cuma sekadar menjadi berita yang di baca dan ditonton sahaja tanpa ada sebarang keinsafan dan panduan yang dapat diambil. kenapa jadi begini? Adakah manusia hari ini akan menjadi seperti di zaman jahiliyah dahulu.

Siapakah yang perlu kita persalahkan atas fenomena ini? Zaman ini yang sering kita katakan zaman serba moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi ini terus membawa arus perubahan kepada dunia. Tetapi persoalannya adakah perubahan yang dibawa ini turut membawa perubahan kepada manusia sehingga hilangnya kewarasan akal dan minda yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Ke mana menghilangnya sifat kemanusiaan dalam diri. Di manakah fungsi akal yang sepatutnya menjadi tonggak utama dalam sesuatu perkara. Sehingga kini persoalan-persoalan ini berlegar-legar di dalam benak kepala tanpa menjumpai jawapannya.

Thursday, August 19, 2010

?????

hari nie aku rasa penat n x der semangat sangat.tapi demi pilihan yang aku sendiri lakukan aku terpaksa jgk kuatkan semangat.Alhamdulillah Tuhan masih kurniakan aku sedikit kekuatan untuk terus bangun dan melawan kesakitan ini.kadang2 terpikir jgk untuk membuat pilihan yang lain namun terhalang dek fikiran yg macam2.yelah kalau aku wat pilihan tue sape yg nak tolong aku kan.lain la kalau ada suatu jaminan yg bleh aku yakin utk memilih pilihan tersebut.mungkin ada hikmah di sebalik semua nie.Aku percaya pada janji2 Mu Ya Allah...

TAPI....

knp mesti ada tapi.ntah la,kadang2 aku sendiri jadi benci dgn diri ku.knp semua nyer mesti bertapi.mungkin aku belum cukup bersedia dengan semua nyer yang menyebabkan wujudnyer tapi bertapi nie.mungkin keimanan ku sendiri masih belum cukup yang menyebabkan aku berkeadaan begini.aku ini insan lemah yang sangat banyak kekurangan di mata MU Ya Allah...Bantu lah hambamu yang hina ini.sesungguhnya hanya kepada MU tempat kami mengadu.

Monday, May 3, 2010

sekadar tulisan

setelah sekian lama tak jenguk blog nie baru hari nie aku berkesempatan nak tunjuk muka kat blog nie semula.bukan tak ingat tapi kekangan waktu yang buatkan aku buat2 lupa untuk buka blog nie.bila dah lama tak letak entry baru dah jadi ketandusan idea plak.tak tau nak tulis apa.sebelum nie ada jer benda nak tulis dlm nie tp bila dah mcm2 perkara ada dalam kepala terus dah tak ingat nak tulis per.

ops,aku ada satu cerita.just nak kongsi2 la.mana tau bleh dapat nasihat dan pandangan dari kawan2 yang jenguk blog nie.hehehe....ada seorang perempuan nie yg dlm dilema.saban hari ada jer orang yg bertanya.awak bila lg nak kawin?asyik2 soalan tue jer sampai dia sndiri dah naik muak dan jelak nak dengar soalan2 tue. nak kata dia dah terlalu tua tak lah sangat.baru ..... tahun.tapi org asyik tanya tue mcm lah dia dah umur ++++ tahun.mana la wat dia tak bengang.hehehehe...bukannye dia tak nak kawin tapi dah belum sampai jodoh kan.calon pun tak der.tak kan nak terima sebarang org jer kan.silap2 nnt diri sendiri yg merana.tapi org tak paham.pendek kata susah la org lain nak paham melainkan dia sendiri yg melalui pengalaman nie.tul tak?cukup lah pasal citer nie.nnt tak pasal2 dah melalut jauh.hehehe...

Tuesday, April 20, 2010

Cinta.....

cinta itu adalah suatu anugerah perasaan. cinta itu indah dan mengasyikkan. cinta itu juga boleh mengubah seseorang yang lemah menjadi kuat.itulah kuasa cinta. saya pinjam kata-kata dari sebuah cerita yang menghuraikan tentang cinta.

"cinta itu adalah kekuatan yang mampu merubah duri menjadi mawar, cuka menjadi anggur, malang menjadi untung, sepi menjadi riang, sakit menjadi sihat, bakhil menjadi dermawan, kandang menjadi taman, penjara menjadi istana, amarah menjadi ramah....."

itulah indah nya cinta. tetapi, cinta itu juga boleh menjadi racun kepada diri dan membawa kepada kemusnahan seseorang jika cinta yang indah itu disalah tafsirkan. cinta bukanlah tiket kepada seseorang untuk melanggar batas2 syariat. Cinta itu tidak salah selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat dan masih di bawah landasan keimanan kepada Tuhan.walaubagaimanapun, janganlah kita membiarkan cinta sesama manusia itu melebihi cinta kita kepada Allah dan RasulNya. Sedarlah bahawa cinta sesama manusia tidak akan kekal melainkan cinta kita pada yang Esa. Allahurabbi......

Friday, April 16, 2010

Tips???????

setiap insan yang berwawasan
inginkan perubahan..........
untuk mencapai segala impian
untuk membina........
suatu kejayaan yang lebih gemilang....

setiap daripada kita mesti ada impian dan cita-cita yang tersendiri kan.impian dan cita-cita itulah yang akan menjadi nadi dan semangat kepada kita untuk terus berusaha.yelah, bkn senang utk kita nak menggapai sesuatu.tiada suatu benda pun akan kita dapat tanpa adanya usaha. betul seperti kata pepatah "yang bulat tak kan datang bergolek yang pipih x kan datang melayang".

mungkin akan ada yang berkata tak semua benda yg kita nak tue mesti dgn usaha.ada jgk yg tanpa usaha kita boleh dapat.itulah yg dinamakan rezeki terpijak.betul tue, tapi sejauh mana kita faham dengan istilah rezeki terpijak.contoh nya seperti menang peraduan.mungkin ada yg berkata itulah rezeki terpijak.tetapi sebelum menang itu bukankah kita akan menjawab soalan peraduan dahulu. jadi itulah yang dinamakan usaha.kita berusaha untuk menjawab peraduan dengan tujuan untuk mencapai kemenangan.

pendek kata setiap matlamat dan kejayaan yang ingin dicapai mestilah dengan adanya usaha yg gigih disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kerja. jadi, marilah kita sama-sama berusaha supaya semua impian dan cita-cita kan dapat dicapai dan terlaksana.

KEJAYAAN = USAHA + DOA + TAWAKAL

Thursday, April 15, 2010

keliru......

kebenaran adalah tidak mudah untuk diungkapkan malah tidak mudah juga untuk dipikul. persimpangan dilema antara dua pilihan yang harus dipilih sama ada berterus terang atau biarkan ia berlalu dan terus mendiamkan diri tetapi diri sendiri akan terus merana dan tersiksa. seorang sahabat berkata kita harus berani jika berada di pihak yang benar tetapi persoalannya tegarkah kita. mampukah kita dan sampaikah hati kita untuk meluahkan kebenaran itu yang mana setiap bicara kebenaran itu akan mencarik emosi pendengarnya.

walau apa pun pilihan dan jawapannya tetapi satu perkara yang pasti setiap kebenaran pasti akan terserlah jua suatu hari nanti. bilakah masanya?????jawapannya hanyalah Dia yang maha mengetahui.

Wednesday, April 14, 2010

Perjuangan......

Hidup ini umpama satu perjuangan di mana kita perlu berjuang dalam menentukan arah dan hala tuju kita dalam kehidupan ini. mendengarnya bagaikan suatu perkara yang mudah tetapi amanah dan tanggungjawab yang digalas amatlah sukar bagaikan menggalas salautan batu-batuan yang tinggi nilainya. adakalanya diriku terfikir mampukah aku dalam memikul semua ini. makin hari makin banyak persoalan yang muncul tetapi jawapan yang kutemui semakin kabur membuatkan diriku menjadi hampir tewas dalam perjuangan ini.













Ya Allah,sesungguhnya hanya kepada-Mu tempatku mengadu. kau lah maha mangetahui setiap perkara yang berlaku. Berilah aku petunjuk dan kekuatan dalam usahaku supaya perjuanganku ini menjadi suatu yang amat berharga dalam hidupku. Amin.....

Saturday, March 20, 2010

Renungan.....

Perhatikanlah HATIMU kerana ia akan menjadi fikiranmu
Perhatikanlah FIKIRANMU kerana ia akan menjadi perkataanmu
Perhatikanlah PERKATAANMU kerana ia akan menjadi perbuatanmu
Perhatikanlah PERKATAANMU kerana ia akan menjadi kebiasaanmu
Perhatikanlah KEBIASAANMU kerana ia akan menjadi akhlakmu
dan....
Perhatikanlah AKHLAKMU kerana ia akan menjadi lintasan hatimu....

marilah kita sama2 renungkannya.....

Madah Seorang Teman kepada Teman

ini madah jadikan pedoman
untuk menjadi sejambak PERINGATAN
akan menjadi landasan KEBENARAN
kerana insan sering kelupaan
dunia ini hanya pinjaman
tempat kita mengumpul bekalan
nikmat usia jangan dipersiakan
semoga mudah diganjari Tuhan

Binalah FITRAH insani
supaya berada di dalam redha Ilahi
Amalan mungkar membawa murka
Laknat Allah suatu yang pasti

Di sini kita semua bermula
kaca dilihat sebagai permata
Berpeganglah pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH
SEJAHTERA HIDUP KITA SELAMANYA

Monday, March 15, 2010

hari ini...
aku berjalan...
membawa kesepian hati yang muram
redup di bawah sirna cahaya yang malap

hari esok...
aku berjalan...
dan terus berjalan
menyapa kesepian yang membelenggu diri
dalam bilah hitungan jari jemari

hari ini...
hari esok...
dan hari-hari yang mendatang
tatkala hembusan angin meniup merdu
aku masih di sini
berjalan dan terus berjalan
menghitung kesepian dalam jejak yang diukir

Ya Robbi, Ya Ilahi
Haruskah aku bermain dengan perasaan ini
Rasa yang sulit kumengerti
Hingga aku menjadi tersiksa

Sunday, February 28, 2010

Penyakit Jiwa :-)

Setiap orang menginginkan ketenangan dalam hidup. begitu juga dgn diriku. sering kali aku bersoal jawab dgn diriku sendiri."kenapa dgn aku? adakah aku seorang yg gagal dalam mencapai tujuan hidup ku?" tapi jawapan yg ada masih samar. Ingin ku cari teman yg mungkin boleh ku luah kan masalah ini di samping memberi pendapat dan nasihat. tapi persoalan lain plak yg timbul. boleh kah aku percaya dia utk menyipan rahsia ku. saban hari ada saja pertanyaan yg muncul di benak fikiran ku. adakah ini penyakit jiwa? rantaian2 persoalan yang masih menantikan kepada sebuah jawapan. ntah lah.....mungkin aku perlu pasrah dlm mencari penawar untuk jiwaku. Ya Allah...kepadamu aku memohon untuk diberi sedikit kekuatan dlm meneruskan perjalanan mencari penawarmu ini. sesungguhnya hanya kepadaMu tempat hambamu ini mengadu dan memohon pertolongan. Amin......

Monday, January 4, 2010

Pening......

penat nya aku minggu nie.sume keje nak kna wat.dah naik berserabut kepala.sekolah aku dapat komputer baru.dalam makmal yang aku jaga ni la....hehehe...best gtu.tp yg penat nyer nak kna setup sume ni pc ni.pergh....amik masa jgk tau.smpi ke hr nie x siap2 lg.mana nak sempat siap klu dlm aku tgh dok wat ada jer panggilan2 yg memerlukan aku pergi ke tmpt lain.bhnti la kejap jd nyer.dlm masa yg sama ada lg keje smpingan yg aku kena wat.huhuhu...penat nyer.bukan la aku nak merungut sbb mmg dah lumrah klu dah berkerja tp kdg2 tue bila dah penat sgt mcm nak nangis jer rasa.pastu pulak yg aku risau skg nie bila time nak drive.ntah knp walau pun aku fokus pd driving aku ttp jd mcm x btul.mcm melayang jer....knp ni...aku pun x tau apa yg aku pikir skg nie....huhuhu....tulun.....

Saturday, January 2, 2010

Pengajaran Baru

hari nie mcm2 dah berlaku pada aku.dipendek kan citer tp gara2 kejadian nie la bru aku terfikir rupe2 nyer masih banyak yang aku perlu belajar tentang kehidupan ni.hari ada seseorang telah memberi aku suatu perkara baru yang amat berharga.kata nye " sesetengah perkara x perlu dibuktikan atau diberi tuk membuktikan kita ikhlas".tersentuh aku dgn kata2 tue.mula nyer aku x paham tp akhirnya aku akui akan kebenaran kata2 tue.tq my fren.kata2 mu telah memberi satu fasa bru dalam hidupku dalam membina pengertian mengenai kehidupan. :-)