Wednesday, December 29, 2010

Detik-detik Terakhir

3...2...1... akhirnya hari yang tidak ingin kuhadapi ini muncul jua. masa berlalu dengan begitu pantas sekali. saat perpisahan yang amat berat untuk kuterima.tapi apa kan daya ku, aku perlu pasrah dalam menempuh semua ini. amat berat untuk kaki ini melangkah meninggalkan tempat ini tapi tetap kugagahi juga kerana khidmat ku sudah berakhir di sini. terasa seperti baru semalam saja aku melaporkan diri di sini dan hari ini.....sebaknya dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. hari-hari terakhir di sini aku cuba jalani seperti biasa tetapi di dalam hati ini menangis mengenang perpisahan yang bakal terjadi. tetapi apa yang boleh aku lakukan melainkan hanya pasrah dengan ketentuan ini. namun ku percaya akan ada lagi yang hadir di masa akan datang bagi mewarnai kehidupanku ini. insyaAllah....sesungguhnya DIA maha mengetahui setiap perjalanan hamba-hambaNya.

Ya Allah, engkaulah yang menetukan Qada' dan Qadar setiap hamba-hambaMu dan aku percaya kepada ketetapan takdir MU untuk diri ku ini....

2 comments:

Ummi said...

Janganlah dikenang akan perpisahan tetapi kenang selalu akan kenangan suka duka kita kerana InsyaAllah hati yang menangis akan ketawa...kerana kenangan bisa merawat kedukaan...

tenang_aku said...

biasa bg manusia utk melalui perasaan sedih. namun inilah ujian kehidupan. setelah bersedih seketika dan takkala hati mula mengingati Allah, manakan mampu kita utk bersedih lagi. semoga Allah membuka suatu lagi lembaran baru dalam kitab kehidupan anda.