Monday, November 29, 2010

kerana sesuatu...
hal yang tidak diingini berlaku jua akhirnya.
kerana sesuatu...
suatu perkara tidak dapat diselamatkan.
kerana sesuatu...
keadaan umpama dilanggar garuda.
kerana sesuatu...
ada hati yang menangis.
kerana sesuatu...
ada jiwa yang terkesan.
kerana sesuatu...
pelbagai perkara yang berlaku "kerana sesuatu" itu.

Bilakah ianya akan berakhir dan kembali seperti sediakala?
mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik kerana sesuatu itu.

Sunday, November 21, 2010

Tidak ku jangka akhir begini jadinya...
panas yang ku harap berpanjangan berlalu berganti mendung kelabu.
Ingin ku pergi membawa diri...
tetapi terhalang dek rantaian berduri.
ke manakah pergi semarak diri...
yang akhirnya membiarkan aku seorang diri.

Tuesday, November 2, 2010

betulkah???

setiap orang akan diuji oleh Allah dengan bermacam-macam ujian kerna sesungguhnya ujian itu menunjukkan Tuhan itu masih sayang dan perihatin kepada hambanya. begitu juga dengan seorang hamba Allah ini yang diuji dengan suatu perkara yg seboleh mungkin amatlah dielakkan. tetapi itulah ujian yg Allah beri untuk menguji setiap daripada hamba-hambanya.keputusan telah diputuskan walaupun kata muktamad nyer masih samar2.betulkah keputusan itu??? Hamba Allah tersebut cuma mampu berserah. Sesungguhnya DIA maha mengetahui setiap perkara dan perancangan yg telah DIA tetapkan untuk hamba-hambanya.

Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau maha mengetahui segalanya. Kami cuma mampu merancang tetapi Engkau lah yg menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perancangan tersebut. Kami berserah kepada MU Ya Allah... bantu lah kami dalam mencari keredhaan di jalan MU Ya Allah...