Wednesday, October 6, 2010

Pandangan Anda???

Dari sehari ke sehari bermacam-macam cerita yg kita dengar sama ada di tv atau media cetak. Isu buang bayi, tangkap khalwat, haruan makan anak(sumbang mahram) dan mcm2 lg. Namun perkara2 itu cuma sekadar menjadi berita yang di baca dan ditonton sahaja tanpa ada sebarang keinsafan dan panduan yang dapat diambil. kenapa jadi begini? Adakah manusia hari ini akan menjadi seperti di zaman jahiliyah dahulu.

Siapakah yang perlu kita persalahkan atas fenomena ini? Zaman ini yang sering kita katakan zaman serba moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi ini terus membawa arus perubahan kepada dunia. Tetapi persoalannya adakah perubahan yang dibawa ini turut membawa perubahan kepada manusia sehingga hilangnya kewarasan akal dan minda yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Ke mana menghilangnya sifat kemanusiaan dalam diri. Di manakah fungsi akal yang sepatutnya menjadi tonggak utama dalam sesuatu perkara. Sehingga kini persoalan-persoalan ini berlegar-legar di dalam benak kepala tanpa menjumpai jawapannya.

1 comments:

tenang_aku said...

ada pelbagai sebab yang terjadinya demikian.ASAS adalah yang semakin kehilangan. namun dari manakah kita perlu kita mulakan... bukankah diri sendiri? jika diri kita sendiri tidak sebenar2nya dapat menerima segala dari Allah dengan seikhlas2nya maka pada pendapat saya adalah tidak adil untuk kita menuduh sesiapa. janji Allah pasti benar... dunia rosak dengan tangana2 manusia