Tuesday, April 20, 2010

Cinta.....

cinta itu adalah suatu anugerah perasaan. cinta itu indah dan mengasyikkan. cinta itu juga boleh mengubah seseorang yang lemah menjadi kuat.itulah kuasa cinta. saya pinjam kata-kata dari sebuah cerita yang menghuraikan tentang cinta.

"cinta itu adalah kekuatan yang mampu merubah duri menjadi mawar, cuka menjadi anggur, malang menjadi untung, sepi menjadi riang, sakit menjadi sihat, bakhil menjadi dermawan, kandang menjadi taman, penjara menjadi istana, amarah menjadi ramah....."

itulah indah nya cinta. tetapi, cinta itu juga boleh menjadi racun kepada diri dan membawa kepada kemusnahan seseorang jika cinta yang indah itu disalah tafsirkan. cinta bukanlah tiket kepada seseorang untuk melanggar batas2 syariat. Cinta itu tidak salah selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat dan masih di bawah landasan keimanan kepada Tuhan.walaubagaimanapun, janganlah kita membiarkan cinta sesama manusia itu melebihi cinta kita kepada Allah dan RasulNya. Sedarlah bahawa cinta sesama manusia tidak akan kekal melainkan cinta kita pada yang Esa. Allahurabbi......

Friday, April 16, 2010

Tips???????

setiap insan yang berwawasan
inginkan perubahan..........
untuk mencapai segala impian
untuk membina........
suatu kejayaan yang lebih gemilang....

setiap daripada kita mesti ada impian dan cita-cita yang tersendiri kan.impian dan cita-cita itulah yang akan menjadi nadi dan semangat kepada kita untuk terus berusaha.yelah, bkn senang utk kita nak menggapai sesuatu.tiada suatu benda pun akan kita dapat tanpa adanya usaha. betul seperti kata pepatah "yang bulat tak kan datang bergolek yang pipih x kan datang melayang".

mungkin akan ada yang berkata tak semua benda yg kita nak tue mesti dgn usaha.ada jgk yg tanpa usaha kita boleh dapat.itulah yg dinamakan rezeki terpijak.betul tue, tapi sejauh mana kita faham dengan istilah rezeki terpijak.contoh nya seperti menang peraduan.mungkin ada yg berkata itulah rezeki terpijak.tetapi sebelum menang itu bukankah kita akan menjawab soalan peraduan dahulu. jadi itulah yang dinamakan usaha.kita berusaha untuk menjawab peraduan dengan tujuan untuk mencapai kemenangan.

pendek kata setiap matlamat dan kejayaan yang ingin dicapai mestilah dengan adanya usaha yg gigih disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kerja. jadi, marilah kita sama-sama berusaha supaya semua impian dan cita-cita kan dapat dicapai dan terlaksana.

KEJAYAAN = USAHA + DOA + TAWAKAL

Thursday, April 15, 2010

keliru......

kebenaran adalah tidak mudah untuk diungkapkan malah tidak mudah juga untuk dipikul. persimpangan dilema antara dua pilihan yang harus dipilih sama ada berterus terang atau biarkan ia berlalu dan terus mendiamkan diri tetapi diri sendiri akan terus merana dan tersiksa. seorang sahabat berkata kita harus berani jika berada di pihak yang benar tetapi persoalannya tegarkah kita. mampukah kita dan sampaikah hati kita untuk meluahkan kebenaran itu yang mana setiap bicara kebenaran itu akan mencarik emosi pendengarnya.

walau apa pun pilihan dan jawapannya tetapi satu perkara yang pasti setiap kebenaran pasti akan terserlah jua suatu hari nanti. bilakah masanya?????jawapannya hanyalah Dia yang maha mengetahui.

Wednesday, April 14, 2010

Perjuangan......

Hidup ini umpama satu perjuangan di mana kita perlu berjuang dalam menentukan arah dan hala tuju kita dalam kehidupan ini. mendengarnya bagaikan suatu perkara yang mudah tetapi amanah dan tanggungjawab yang digalas amatlah sukar bagaikan menggalas salautan batu-batuan yang tinggi nilainya. adakalanya diriku terfikir mampukah aku dalam memikul semua ini. makin hari makin banyak persoalan yang muncul tetapi jawapan yang kutemui semakin kabur membuatkan diriku menjadi hampir tewas dalam perjuangan ini.













Ya Allah,sesungguhnya hanya kepada-Mu tempatku mengadu. kau lah maha mangetahui setiap perkara yang berlaku. Berilah aku petunjuk dan kekuatan dalam usahaku supaya perjuanganku ini menjadi suatu yang amat berharga dalam hidupku. Amin.....