Saturday, March 20, 2010

Madah Seorang Teman kepada Teman

ini madah jadikan pedoman
untuk menjadi sejambak PERINGATAN
akan menjadi landasan KEBENARAN
kerana insan sering kelupaan
dunia ini hanya pinjaman
tempat kita mengumpul bekalan
nikmat usia jangan dipersiakan
semoga mudah diganjari Tuhan

Binalah FITRAH insani
supaya berada di dalam redha Ilahi
Amalan mungkar membawa murka
Laknat Allah suatu yang pasti

Di sini kita semua bermula
kaca dilihat sebagai permata
Berpeganglah pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH
SEJAHTERA HIDUP KITA SELAMANYA

1 comments:

tenang_aku said...

alangkah bahagianya bumi allah ini andah setiap org dapt menghayati islam dgn sebenar2nya...