Perhatikanlah HATIMU kerana ia akan menjadi fikiranmu
Perhatikanlah FIKIRANMU kerana ia akan menjadi perkataanmu
Perhatikanlah PERKATAANMU kerana ia akan menjadi perbuatanmu
Perhatikanlah PERKATAANMU kerana ia akan menjadi kebiasaanmu
Perhatikanlah KEBIASAANMU kerana ia akan menjadi akhlakmu
dan....
Perhatikanlah AKHLAKMU kerana ia akan menjadi lintasan hatimu....
marilah kita sama2 renungkannya.....
Saturday, March 20, 2010
Renungan.....
Posted by Nad at Saturday, March 20, 2010 1 comments
Madah Seorang Teman kepada Teman
ini madah jadikan pedoman
untuk menjadi sejambak PERINGATAN
akan menjadi landasan KEBENARAN
kerana insan sering kelupaan
dunia ini hanya pinjaman
tempat kita mengumpul bekalan
nikmat usia jangan dipersiakan
semoga mudah diganjari Tuhan
Binalah FITRAH insani
supaya berada di dalam redha Ilahi
Amalan mungkar membawa murka
Laknat Allah suatu yang pasti
Di sini kita semua bermula
kaca dilihat sebagai permata
Berpeganglah pada AL-QURAN dan AS-SUNNAH
SEJAHTERA HIDUP KITA SELAMANYA
Posted by Nad at Saturday, March 20, 2010 1 comments
Monday, March 15, 2010
hari ini...
aku berjalan...
membawa kesepian hati yang muram
redup di bawah sirna cahaya yang malap
hari esok...
aku berjalan...
dan terus berjalan
menyapa kesepian yang membelenggu diri
dalam bilah hitungan jari jemari
hari ini...
hari esok...
dan hari-hari yang mendatang
tatkala hembusan angin meniup merdu
aku masih di sini
berjalan dan terus berjalan
menghitung kesepian dalam jejak yang diukir
Ya Robbi, Ya Ilahi
Haruskah aku bermain dengan perasaan ini
Rasa yang sulit kumengerti
Hingga aku menjadi tersiksa
Posted by Nad at Monday, March 15, 2010 0 comments